Home » , » Apa itu UBER service?

Apa itu UBER service?

Apa itu perkhidmatan uber? Mungkin anda tertanya-tanya tentang uber kan. Uber ni konsepnya simple je. Uber menyediakan perkhidmatan menghantar penumpang ke lokasi yang dikehendaki di mana driver uber ialah orang ramai  seperti anda dan saya dengan menggunakan kenderaan kita sendiri. Kita kena daftar dulu sebagai uber driver dan penumpang kena daftar sebagai uber rider untuk menggunakan perkhidmatan uber nih.

Uber driver / uber partner akan download app uber driver manakala uber rider pula kena doanload app uber rider. Rider akan request perkhidmatan uber melalui uber rider app dan driver yang tengah online melalui uber driver app akan dapat signal dan menggunakan  waze / google maps ke lokasi di mana rider berada. GPS secara automatik mengesan lokasi rider uber. Driver uber terdekat akan mendapat signal dari rider dan bergerak ke lokasi rider.

Driver dan rider akan berjumpa di lokasi rider di mana rider ada maklumat tentang no plate driver. Setelah kedua-dua driver dan rider berjumpa, driver akan membawa ke lokasi yang rider nak pergi. Setelah sampai, jumlah bayaran tambang akan terpapar di app uber driver di mana rider kena membayar tambang tersebut. Begitulah bagaimana uber driver / uber partner mendapat pendapatan sebagai pemandu uber.


Info tambahan tentang uber


Untuk menjadi driver uber dan memilikki akaun uber driver, anda mestilah mendaftar dahulu sebagai pemandu uber yang sah. Pendaftaran sebagai uber driver sangat mudah dan syaratnya mudah sahaja iaitu anda mempunyai lesen full dan kereta min tahun 2008. Anda boleh daftar online sahaja sebagai pemandu / driver uber dan pendaftaran anda boleh di luluskan dalam masa setengah jam sahaja. Anda kena tahu caranya.

uber partner

Harga tambang uber / uber price telah di tetapkan oleh pihak uber bukan oleh driver. Jika trafik tinggi, harga lebih tinggi kerana harga uber bergantung juga kepada berapa lama rider ada dalam kereta uber. Tetapi harganya lebih murah daripada teksi.

Rider yang menggunakan khidmat uber / uber service telah tahu lingkungan harga sebelum mereka request kereta uber. Jika terdapat boost dan surge uber, harga akan naik tinggi kerana kekurangan driver dalam satu-satu lokasi uber.

Itulah serba sedikit tentang uber di Malaysia.


Terima kasih kerana membaca Apa itu UBER service?. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Oldest

Tips Berkaitan:



1 Komen: